AKU menulis lagi. Mungkin genre dan temponya agak berbeza. Namun, temanya tetap sama - Jerusalem atau Palestin. Entah mengapa bumi al-Quds ini sentiasa menggetar jiwa. Apatah lagi mengingati Salahuddin al-Ayyubi, perasaan marah dan sayu berbaur dalam benturan yang aneh. Aku bermain-main dengan papan kekunci untuk menggarap kata-kata yang paling bermakna untuk buah tangan terbaruku. Dan yang paling berharga - mungkin - ialah tajuknya. Aku kontang memikirkan tajuk yang paling cocok untuk penulisan ini. Dan yang paling getir, mencari penerbit yang 'berani' untuk menerbitkan eksperimen genre pertamaku - novel. Mungkin adakah harapan untuk mengetengahkan eksperimen aku buat tatapan khalayak ? Segalanya berkemungkinan.
Selasa, 17 September 2013
Rabu, 11 September 2013
Selasa, 10 September 2013
Catatan Panjang III : Cinta Dari Multazam
DUA
MASUK hari ini sudah tiga hari Papa tidak pulang ke rumah. Sejak Mama meleteri Papa kelmarin, terus Papa menghilangkan diri dengan BMW X6 Papa sehingga hari ini. Papa meninggalkan rumah agam ini dengan pipi Mama merah diterpa penampar Papa...
"Lebih baik abang beritahu saya, kesan gincu siapa ini ?" Papa pulang agak lewat hari itu. Seperti kebiasaannnya. Dan, Mama menyambut Papa sebegitu rupa.
"Apa yang awak bebelkan ni ? Dah pukul 3 pagi. Kenapa awak tak tidur lagi ?"
"Bagaimana saya boleh lelap ? Saya sendirian di rumah, awak entah dengan perempuan mana di luar. Ini kesan gincu siapa ? Jalang mana yang abang usung semalam, ha ?" Mama melontar kemeja Papa tepat ke wajahnya. Kemeja hadiah Mama sempena ulangtahun kelahiran Papa yang lalu. Papa senyap menjinjing beg ke bilik tidur di tingkat atas.
Mama kian menahan nafas yang menghentak dada.
"Saya penat ni. Janganlah semakkan kepala saya. Sudahlah, saya mahu masuk tidur." Papa mendaki anak-anak tangga satu persatu.
"Mengapa abang lakukan begini kepada saya ? Saya di rumah sediakan segala keperluan awak, anak dan rumahtangga kita. Awak di luar bersenang-lenang dengan betina lain. Awak tak beri izin saya bekerja sebab awak takut tembelang awak pecah, kan ? Awak memang lelaki tak guna ! Tak boleh diharap ! Lebih baik saya mati daripada bersuamikan lelaki seperti awak ! Awak... Arrggghhh !!!"
Mama tersungkur ke kaki meja kaca, hampir menyinggah bucu meja. Bibir Mama berdarah. Papa menyarung kemeja kembali, menyambar kunci kereta, menghidupkan enjin langsung pergi. Tidak pulang sehingga hari ini.
Dia memerhati dari biliknya di tingkat atas. Menahan sebak, dihampiri Mama lalu membawanya ke kamar tidur. Membasuh luka Mama. Memicit kepala Mama yang sengal diterpa penampar Papa. Tiada satu pun perkataan yang terkeluar daripada bibirnya mahu pun Mama. Kedua-duanya bagai berjanji. Segala-galanya hanya mereka berdua saja yang tahu.
Dia amat tidak senang dengan situasi begini. Tapi, tiada apa yang mampu dilakukannya. Hanya merafak sepotong dua doa setiap kali seusai solat. Agar ketenangan dan kedamaian hadir jua nanti.
"Cinta, Mama ada satu perkara yang Mama nak katakan." Mama masih seperti dulu. Membelai rambutnya yang ikal dan mengurai itu setiap petang ketika bersantai bersama di taman orkid Mama. Masih seperti kebiasaannya cuma kali ini tanpa Papa.
"Kita akan berpindah..." Dia terperanjat. Keputusan yang agak mengejutkan. Dia tidak pernah menyangka Mama sepantas ini membuat keputusan untuk kembali ke kampung. Dia bagai dapat membayangkan keadaan di kampung seandainya Mama tegar untuk pulang. Dia hanya bungkam mengunci bibir.
"Kita akan pulang ke rumah arwah Atuk. Cinta suka, kan ?" Dia tiada berkuasa menghalang walau apa pun keputusan Mama, tapi...
"Bukankah Mama sudah berjanji ? Mama tidak akan pulang lagi, kan ? Masihkah Mama ingat ?" Mama diam. Keterlanjuran semalam perlu dicuci. Jika tidak sekarang, mungkin pada kesempatan yang lain.
"Sudah saya katakan, saya tetap akan bersama Abang Idzham walau apa pun yang terjadi." Hati Mama memang keras. Tidak dapat dibentuk. Itulah satu-satunya harta yang Mama warisi daripada Atuk.
"Kalau itu yang kau mahu, keluar kau dari rumah ini ! Aku tak punya anak yang sanggup menjual keluarga hanya kerana lelaki yang entah dari mana datangnya ini !" Ayah benar-benar menyinga. Mak kematian kata-kata. Sedu-sedan Achik kedengaran dari biliknya yang bertutup rapat. Abang Long masih di kebun.
"Memang saya akan pergi. Usah berharap saya akan kembali lagi biar langit runtuh sekali pun !" Dia membuka langkah tanpa menoleh.
"Mama..." Mama tersedar dari lamunannya. Jemari lembut Cinta menyapu rembesan air mata melontarkannya kembali ke ruang nyata.
"Mama akan kembali ? Ke rumah Atuk ?" Mama mengangguk. Perlahan. Menatap sayu anak gadis 17 tahunnya itu.
"Kita akan kembali ke rumah Atuk." Dia mengangguk. Juga perlahan.
"Tapi, Pak Long ? Nanti dia pukul Mama..."

Isnin, 9 September 2013
Cerpen : Menanti Ababil
"Tidakkah engkau tahu, bagaiman Tuhanmu memperbuat terhadap orang-orang yang mempunyai gajah-gajah ? Tidakkah Dia menjadikan tipu daya mereka sia-sia ? Dan Dia (Allah) mengirim kepada mereka burung yang berbondong-bondong. Yang melemparkan mereka dengan batu dan tanah yang keras. Lalu Allah menjadikan mereka seperti daun yang dimakan ulat."
(al-Fiil 105 : 1 - 5)
DIA telah hafaz surah itu. Dia terlalu faham setiap potong ayat dalam surah itu. Setiap kali Dia bersolat, surah itulah yang dibacanya. Kakak Maisarah sangat pandai mengalunkan ayat-ayat ini dalam Soba. Dia tahu asbabun nuzul surah Makkiyah itu. Setiap inci peristiwa yang berlaku tanggal tahun keputeraan Rasulullah s.a.w lebih 1400 tahun lalu itu semuanya dalam buhulan ingatannya. Datuk pernah menceritakan kepadanya satu ketika dulu. Asy-syahid Ayah juga pernah mengisahkan perkara yang sama.

“Abrahah
al-Ashram sangat zalim. Ketika menjadi gabenor Yaman, dia telah membina sebuah
gereja yang indah dengan harapan seluruh dunia akan mengalihkan tumpuan daripada
Baitullah di Makkah kepada gerejanya yang sangat indah itu.” Datuk bercerita di
bawah tumpahan cahaya lampu minyak tanah. Dia dan Maisarah bersimpuh di hadapan
Datuk.
“Tapi,
keindahan gerejanya tidak mampu menarik orang ramai daripada mengunjungi Baitullah.
Dia sangat marah. Dia mengambil keputusan untuk menyerang kota Makkah dan
meruntuhkan rumah Allah s.w.t itu.”
“Siapa
Abrahah al-Ashram itu, Datuk ? Mengapa dia seberani itu ?” Maisarah bertanya
dengan wajah tegang.
“Abrahah
al-Ashram ialah seorang gabenor dari Yaman di bawah kekuasaan kerajaan Habsyah.
Beliau mengetuai pemberontakan di Yaman untuk menjatuhkan tentera Habsyah yang
diketuai oleh Aryat, seorang pemerintah yang zalim dari kerajaan Habsyah.
Al-Ashram bermaksud ‘hidung yang sumbing’ kerana terkena libasan pedang Aryat
dalam pertempuran.” Datuk tersenyum memandang cucu-cucunya seraya menghela
nafas sebelum menyambung semula.
“Setelah
berjaya menumpaskan Aryat dan tentera Habsyah, Abrahah diangkat menjadi gabenor
Yaman dan membina Gereja al-Qulais yang indah untuk menarik pengunjung dari
seluruh dunia mengunjungi gerejanya. Namun, beliau gagal lalu membuat keputusan
untuk menyerang kota Makkah dan meruntuhkan Kaabah supaya al-Qulais menjadi
perhatian ramai.” Dia dan Maisarah masih tidak berganjak dari hadapan Datuk.
Dia dan
Maisarah seakan-akan mendengar derap kaki bala tentera, kuda-kuda dan
gajah-gajah yang dipersiapkan Abrahah al-Ashram ke kota Makkah bagi melunaskan
kebenciannya terhadap Baitullah. Dengan kekuatan militernya, mereka bergerak
menuju kota Makkah.
“Allah
s.w.t telah mengutuskan burung-burung Ababil untuk menghalang Abrahah daripada
meruntuhkan Kaabah. Burung-burung Ababil itu membawa batu-batu Sijjil. Setiap
yang terkena batu-batu Sijjil ini, tubuh mereka hancur seperti daun yang
dimakan ulat.”
“Abrahah ?”
Dia pula bertanya kepada Datuk.
“Abrahah
sendiri menemui ajal di kota San’a. Dia disiksa Allah s.w.t sehingga mati.” Dia
dan Maisarah tersenyum puas lalu bangun menuju ke bilik tidur. Sebelum
melangkah, Dia berpusing.
“Ababil
akan membantu kita, Datuk ?” Datuk tiada jawapan. Hanya tersenyum seraya
melurut janggutnya yang putih.
Dia
sentiasa mendoakan itu. Burung-burung Ababil dengan batu-batu Sijjil yang panas
dan beracun berbondong-bondong memenuhi udara al-Khalil ini. Biar
tentera-tentera yang mabuk darah itu menggelupur. Seperti daun yang dimakan
ulat. Dia benar-benar tidak sabar untuk menyaksikannya.
Ketika
perkampungan kecil mereka dijarah buat kesekian kalinya, Dia terpaku di hadapan
pintu. Sosok-sosok agam tentera Zionis menggila dengan AK47 menyerbu
rumah-rumah yang hampir menyembah bumi itu. Dia dan Kakak Maisarah
terpinga-pinga keluar melihat but-but hitam berkilat menghentam pintu-pintu
rumah dan segala benda yang melintas di hadapan mereka. Muncung-muncung senjata
diacu kepada penduduk-penduduk yang berada di dalam rumah. Kebanyakannya
wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua seperti Datuk. Penuh dengan maki hamun
yang tidak tahu hujung pangkal.
“Mas, mari
masuk. Cepat ! Sembunyikan dirimu !” Ummi menyentap lengannya. Dia tersentak
lalu gesit ke bilik belakang. Ummi dan Kakak Maisarah sedang menunggu sebelum
menutup pintu lalu duduk senyap-senyap di penjuru bilik.
Dia
memejamkan mata. Rapat sekali. Dia berdoa agar Ababil datang. Melempari
tentera-tentera itu dengan batu-batu Sijjil yang panas dan beracun. Biar mereka
mati seperti daun yang dimakan ulat. Semoga.
Dia sedang
berdoa ketika Ayah – yang datang entah dari mana - menyerbu menghalang
tentera-tentera itu daripada menceroboh perkampungan mereka. Dia terus berdoa
ketika pipi Ayah dihentak dengan muncung AK47 sehingga membusa darah keluar
dari hidungnya. Dan, Dia masih berdoa ketika kepala Ayah ditembusi peluru
penembak hendap.
Dia tetap
berdoa di saat asy-syahid Ayah kaku di hadapannya. Dalam luluh dadanya, Dia
masih mengharapkan Ababil berbondong-bondong terbang ke al-Khalil. Membantu
mengusir penjarah yang mabuk darah ini.
“Kau ialah
Mashitah. Kerana kau Mashitah – si tukang sisir rambut puteri Firaun –
manifestasi kegagahan Muslimah dalam kelembutan yang penuh. Kau perlu segagah
Mashitah di saat suami dan anak-anak tercinta direbus dalam kawah yang panas
menggelegak. Kau ialah Mashitah, cucuku.” Datuk mengusap rambutnya perlahan.
Dia mengempang sebak yang mencengkam dada. Dia bersungguh mengekang air mata
daripada gugur. Dia mahu sekental Mashitah – si tukang sisir puteri Firaun.
Dia mahu menatap wajah Ayah seperti Mashitah menatap
suaminya yang tercinta berlumur minyak yang panas menggelegak itu. Dia mahu
segagah Mashitah di saat berhadapan dengan Firaun dalam lembut tuturnya,
“Tuhanku ialah Allah s.w.t yang Esa – tiada duanya. Allah s.w.t Tuhanku dan
Tuhan kamu sekalian.”
Kematian Ayah pemergian syuhada yang mencetuskan ribut dalam
kalangan penduduk. Semua turun ke jalanan dalam protes besar-besaran atas
pencerobohan tersebut. Wartawan-wartawan memenuhi ruang hadapan rumah. Merakam
gambar Ayah untuk dipanjangkan seantero dunia sebelum diusung ke persemadian.
Bukan kali pertama Dia menyaksikan kematian setragis ini.
Bapa Iman juga telah tiada. Dengan kepala yang terpenggal. Ibu Muslim pun telah
pergi. Dada ibunya terbelah panjang sekali. Anak di dalam kandungan ibunya
direntap kejam. Hari ini, Ayah pula kembali ke rahmat Allah s.w.t. Bumi
al-Khalil ini telah basah dengan linangan darah syuhada.
“Tanah ini
sangat mulia di sisiNya.” Dia tidak keluar menikmati musim dingin bersama-sama
Syuhada, Amirah dan Raudhah walaupun mereka berkali-kali mengajaknya bermain.
Dia lebih senang bersimpuh di hadapan Datuk. Menyurai rindunya kepada almarhum
Ayah. Datuk akan bercerita. Tentang kebesaran Allah s.w.t. Tentang kemuliaan
tanah suci al-Quds ini.
“Di sini
terbina al-Aqsa yang menjadi kemuliaan ketiga selepas Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi. Dibuka oleh Saidina Umar al-Khattab r.a sebelum jatuh ke tangan tentera
Salib pada tahun 1099 Masihi. Sultan Salahuddin al-Ayyubi merampas kembali
Palestin ini daripada tentera Salib pada 1192 Masihi.” Datuk mengelus pipinya.
Lembut. Seperti yang selalu dilakukan almarhum Ayah – luka yang tidak mungkin
terbebat.
“Al-Aqsa
ialah kiblat pertama orang Islam sebelum diubah mengadap Ka’abah seperti pada
hari ini. Al-Aqsa saksi perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram ke
al-Aqsa terus ke Sidratul Muntaha lalu ke Mustawa hingga ke bawah Arasy Allah -
menembusi tujuh lapisan langit. Ingat peristiwa Isra’ Mi’raj ?” Dia mengangguk
dengan Buraq – satu langkahan sejauh saujana pandang itu – dalam sahih Bukhari
yang dipelajari tertanam di ruang fikirnya. Almarhum Ayah pernah menceritakan
kepadanya dulu. Tentang sejarah bumi bertuah Palestin. Tentang kebanggaan
anak-anak Palestin sebagai warganya.
Kakak
Maisarah masih bersama Ummi. Mengalunkan surah al-Fiil dalam Soba. Suara
Kakak Maisarah merdu sekali. Kakak Maisarah telah hampir juzuk 21 dalam
hafazannya.
“Kau akan
menjejaki Kakak Maisarah satu hari nanti. Biar segetir mana pun kehidupan,
kembalilah kepadaNya. Hanya Dia Tuhan yang disembah, hanya kepadaNya tempat
memohon pertolongan.” Dia angguk. Dia hanya menyudahkan an-Naba’ semalam. Masih
belum menghafaznya.
“Al-Quran
ialah kekuatan kita. Doa senjata yang terampuh. Usaikan Maghribmu, cucuku.” Dia
bangun lalu berwuduk. Dalam solatnya, tidak ditinggalkan surah al-Fiil. Dalam doanya, Dia melihat
Ababil berbondong-bondong memenuhi angkasa al-Khalil. Dengan batu-batu Sijjil,
tentera-tentera pemabuk darah itu tergeletak ke tanah lalu hancur seperti daun
yang dimakan ulat. Dia memohon agar Tuhan memakbulkan doanya itu.
Datuk
menolak kerusi rodanya perlahan-lahan setelah mimpi membawanya pergi jauh. Anak
parut Balfour itu aman sekali di ranjang. Sekali pun detik-detik rusuh masih
panjang. Deklarasi yang menghalalkan jenayah di luar upaya pemikiran waras
manusia oleh bangsa Theodore Hertzel membedil naskhah-naskhah kehidupan warga
Palestin di hujung AK47. Api sengketa bagai kepingin menghanguskan terus bangsa
pewaris tanah suci al-Quds ini. Dan, anak-anak seperti Dia terus terhukum
dengan kegilaan ideologi Zionis.
Datuk merenung potret berbingkai kaca di dinding lusuh.
Satu-satunya potret yang Datuk punya. Potret mereka sekeluarga bersama
asy-syahid anaknya dihiasi khat Nasakh.
Setelah tabuh Intifada bertingkah lewat Disember 1987, ngauman singa-singa
pejuang semakin bergema dari setiap penjuru al-Quds. Syahadah yang menjemput
Syeikh Ahmad Yassin seusai solat Subuh tanggal 2004 kian memarakkan jihad.
Khalid Meshal diintai maut. Sheikh Raed Salah semakin pantas dihambat rejim.
Briged al-Qassam giat memburu syahid.
Gencatan senjata dan perjanjian damai hanya sekadar omongan
murahan di meja rundingan. Datuk sedar itu. Oslo 1993 yang kelihatan sangat
bermurah hati menyebabkan al-Khalil saksi kesyahidan 29 warganya di Masjid
Ibrahimi di tangan Baruch Kappel Goldstein. Siapa yang berani menghakiminya ?
Tiada. Kerana Masjid Ibrahimi terletak di al-Khalil yakni Hebron. Dan, mengikut
Oslo 1993, Hebron berada dalam ruang jajah Zionis yang menghalalkan darah
Muslim tumpah untuk dilahap.
Datuk menengadah ke langit. Merenung sesuatu yang jauh.
Datuk sedar, tiada jalan yang sempurna pernah ditempuh bagi pembebasan Tanah
Kan’an ini.
Tanggal 630 Masihi, Rasulullah s.a.w menghantar 3,000 orang
tentera Islam pimpinan Zaid bin Harithah di perbatasan Mu’tah mengharungi gelombang
150,000 orang tentera Rom Byzantine. Misi diteruskan Khulafa’ ar-Rasyidin
tanggal 632 Masihi setelah kewafatan Baginda Rasululah s.a.w dengan Abu Bakar
as-Siddiq menghantar tentera Usamah bin Zaid, pemuda 17 tahun ke medan Ubna
berhampiran Palestin.
Saidina Umar al-Khattab r.a membebaskan Palestin daripada
Rom lewat 636 Masihi sebelum ditawan semula oleh tentera Salib pada 1099
Masihi. Nuruddin Mahmoud Zanki terus mengemudi bahtera jihad dengan menewaskan
tentera Salib di Asqalan tanggal 1147 Masihi sebelum ditakluk sepenuhnya Sultan
Salahuddin al-Ayyubi pada 1192 Masihi dan meletakkan Palestin di bawah
kekuasaan kerajaan Uthmaniyyah.
Bumi al-Quds kembali bergegar di saat keruntuhan Abbasiyyah.
Deklarasi Balfour 1916, penaklukan Jeneral Edmund Allenby dan detik-detik rusuh meruap. Hangat pada suhu maksimum ketika tragedi berdarah Deir Yassin 1948, tragedi Khan Younis tanggal 1956, Sabra dan Shatilla massacre pada 1982 dan terus memuncak sehingga mencetuskan Intifada Pertama pada 1987 dan siri-siri Intifada seterusnya.
Sememangnya perjalanan segetir itu. Harganya juga terlalu mahal untuk diperdagangkan. Tidak semurah deklarasi rundingan dan perjanjian mainan bibir bernada dusta kerana taruhannya adalah darah umat yang tidak berdosa. Repertoir lapuk dan klise menjemukan Datuk.
Datuk sangat faham susunan bidak pada papan catur Rejim Zionis yang sangat gentarkan anak-anak Palestin. Rejim melahap anak-anak Palestin kerana terganggu dengan amarah Nuruddin Mahmoud Zanki dan dendam Salahuddin al-Ayyubi yang membakar jiwa mereka di sebalik pertentangan dengan kerikil-kerikil kecil.
'Ahh... Hanya kerikil kecil yang menggentarkan...' gumam Datuk perlahan.
Bukan sedikit jiwa anak-anak yang terkorban. Bunga-bunga bangsa yang sedang mekar di bumi Anbia' ini saban hari dibedil daripada dibiarkan kembang dan mekar. Mereka rengsa memikirkan anak-anak seperti Maisarah - yang mengalunkan Soba dalam juzuk-juzuk al-Quran yang dihafaznya - dan Mashitah - yang mendoakan Ababil dengan batu-batu Sijjil berbondong-bondong memenuhi angkasa al-Khalil - membesar sebagai huffaz yang saban hari mendoakan kecelakaan bagiumat Theodore Hertzel ini. Apatah lagi insan sebesar Yahya Ayyash, Dr. Abdullah Azzam, Mahmud Mabhuh dan Abd al-Aziz Rantissi.

Kelopak mata Datuk kian basah. Amanah dipegang seeratnya
masih seperti dulu. Datuk menggenggam jemari tuanya ketat-ketat. Ya, Datuk
sedar dia tidak punya upaya lagi untuk menghunus senjata. Atau turun ke jalanan
dengan batu-batu kecil. Mengejar syahid di antara runtuhan tembok dan celahan
bangunan seperti dulu. Tidak.
Namun, untuk menyerahkan Palestin begitu saja, tiada dalam
kamus perjuangannya. Parah luka Deir Yassin masih belum terbebat. Darahnya
masih merah menyala. Beratus-ratus jiwa yang dilapah Haganah dan Irgun itu
termasuk ibu dan bapanya. Ben Gurion mengajarnya menjadi anak jalanan seawal
usia 3 tahun sebelum dididik pemuda-pemuda Hamas untuk mengabdikan diri kepada
usaha membebaskan tanah suci al-Quds ini. Melangsaikan amanah Salahuddin
al-Ayyubi. Selain menghafaz al-Quran, Datuk bermain dengan AK47, raifal, molotov cocktail sehingga mortar, meriam anti-kereta kebal dan Qassam. Itu lembaran hidup Datuk sejak
lebih enam dekad yang lalu.
Kini, Datuk sudah tidak punya upaya untuk meneruskan
perjuangan. Kaki Datuk yang terputus kedua-duanya dibaham kereta kebal sewaktu
menjalani operasi di perbatasan Gaza tidak memungkinkan Datuk mengelek AK47
lagi walaupun denyut nadi mujahidinnya sering menerpa dinding jiwa. Datuk
terlalu rindukan suasana itu. Apatah lagi operasi-operasi genting Rejim Zionis
kian meruncing.
Datuk hanya mampu menolak kerusi roda perlahan-lahan.
Kadang-kadang Maisarah membantu. Mashitah juga membantu. Menantunya juga
begitu. Datuk hanya mampu duduk diam-diam di sudut bilik dan berzikir, menekuni
al-Quran, bersolat dan berdoa. Memohon agar diberi kekuatan untuk terus menjadi
hambaNya di Tanah Kan’an penuh berkat ini.
Datuk memandang Dia yang lenanya masih enak itu. Cucunya
yang sering menanti Ababil bersama-sama batu-batu Sijjil. Menghancurkan
tentera-tentera Rejim Zionis seperti daun yang dimakan ulat. Mungkin lenanya
diulit mimpi-mimpi Ababil itu. Kerana hanya mimpi-mimpi itu saja yang mampu
melenakannya saban malam.
'Cucuku, Tanah Kan'an ini milik kita. Kita warisinya daripada keringat Saidina Umar al-Khattab r.a dan pedang Salahuddin Ayyubi. Tanah ini tumpah darah kita. Kitalah Sang Ababil yang berbondong-bondong itu. Kitalah yang mele,parkan Zionis dengan batu-batu Sijjil itu. Kitalah bangsa yang akan membuatkan mereka seperti daun yang dimakan ulat.'
Jumaat, 6 September 2013
Khamis, 5 September 2013
Catatan Kecil VI : Salam Kemerdekaan ke 56
Di tengah deru angin merdeka, Aku selalu mengangkat syukur sebagai warganegara Malaysia. Walau Aku tidak berada di barisan hadapan mengangkat senjata, namun, Aku tetap mengingati perwira-perwira jauh di perbatasan. Kembang merdeka ini telah disirami oleh nyawa dan darah, suburnya dari akar semangat dan citra, mekarnya dari urat nadi perwira, taruhannya cinta dan sayang mereka yang ditinggalkan.
Selasa, 11 Jun 2013
Catatan Panjang II : Cinta Dari Multazam
SATU
DIA bungkam. Bagaikan tidak percaya segala-galanya boleh terjadi. Persis mimpi yang mengerikan. Mengheret dirinya ke jurang kehancuran dengan kejam sekali.
Syafiq memejamkan matanya. Semoga segala yang berlaku hanyalah mainan ranjang tidurnya sahaja. Moga-moga. Dia berdoa dalam diam.
Kamar Lembaga Disiplin dan Pengawas itu adalah tempatnya sebelum ini. Bersantai bersama-sama teman sejawat mengisi masa terluang dengan perbincangan-perbincangan seputar tugas mereka sebagai pengawas sekolah. Dia ialah salah seorang pemilik kunci pemilik kunci kamar tersebut. Akrab sekali dia dengan kamar itu.
Tetapi, bukan pada hari itu...
Kamar itu juga bungkam menyaksikan dia bagai banduan di sel tahanan menanti hukuman dijatuhkan. Sesungguhnya penantian itu dipenuhi duri-duri yang berceracak, fikirnya sementara menanti ketibaan Cikgu Kamal, guru disiplin yang amat mudah menghanyun rotan itu.
'Tiada apa yang perlu aku takutkan,' monolognya sendirian memujuk hati. Meredakan debaran yang menghenyak dada. Di luar sedarnya, ada air jernih menuruni pipinya. Pantas hati sekali disapa sayu.
'Apa salah aku ?'
"Berikan saya sepuluh alasan awak memungkiri kepercayaan saya terhadap awak." Dia mengangkat kepala. Suara Cikgu Kamal bagai suara dari Jahannam layaknya.
Nyata tiada sebarang kata yang lahir daripada bibirnya. Pandangannya minta dibelasi.
'Mohon saya tidak diperlakukan begini,' bisik kedua belah matanya.
Kamar itu terasa berbahang meski penghawa dingin berfungsi sebaiknya. Namun, pandangan tajam Cikgu Kamal bagai memanggangnya di atas nyalaan api yang marak.
"Awak telah mencalarkan imej Lembaga Disiplin dan Pengawas sekolah ini. Saya tak tahu sama ada awak dapat bayangkan betapa sebuah organisasi yang telah dianugerahkan Hadiah Utama Pengurusan Organisasi Terbaik negeri telah dicemari dengan kes disiplin yang dilakukan oleh pengerusinya sendiri !" Wajah Cikgu Kamal kian tegang.
"Awak bukan sebarangan pelajar. Awak seorang Ketua Pengawas sekali gus Pengerusi Lembaga Disiplin dan Pengawas sekolah ini. Dan, awak ialah penyandang Anugerah Pengerusi Organisasi Terbaik negeri." Cikgu Kamal benar-benar seperti menjulangnya ke udara lalu menghempaskannya ke bumi kembali.
"Saya tak percaya awak sanggup lakukan perkara ini. Tapi, bagaimana saya mahu menafikannya ? Buktinya cukup jelas. Tanda nama awak dijumpai tersangkut di celah rim basikal yang mahu awak larikan itu."
'Aku ? Mencuri basikal ? Ahh... Bukan aku !!!'
Hatinya kian meronta. Bibirnya terkunci rapat. Ada air yang mengalir di antara belahan matanya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana tanda namanya berada di celah rim basikal yang kononnya mahu dicuri itu ? Bukti yang cukup jelas. Tuduhan yang jelas konkrit.
Pandangannya membelah permaidani kamar itu.
"Syafiq !!! Saya mahu awak nafikan ! Bukan jadi tunggul kayu mati !!!" Dia terperanjat lantas bangun. Seakan tercabar diperlakukan begitu, dia mengesat saki baki airmatanya.
"Cikgu, saya tidak akan berkata apa-apa lagi. Memadai saya mengaku tidak bersalah dalam perkara ini. Selainnya, terserah kepada cikgu. Saya bersedia..." Dia merungkai ikatan tali leher dan merentap lencana Ketua Pengawas di koceknya. Bersama blazer yang tersarung, diletakkan di atas meja Cikgu Kamal.
"Saya meletakkan jawatan mulai sekarang. Bukan kerana saya takut dengan tuduhan begini, tapi saya kesal cikgu telah terlebih awal menjatuhkan hukuman kepada saya." Dia tidak percaya dia sebiadap ini terhadap Cikgu Kamal yang disanjungnya sekian lama.
"Saya mahu tahu, siapa yang menjumpai tanda nama saya di celah rim basikal mangsa ?" Wajah Cikgu Kamal direnungnya rapat. Perasaan tunduk dan hormat seakan sudah hilang.
"Awak tidak perlu tahu. Buktinya sudah cukup jelas. Tanda nama di celah rim, pemutar skru, spanar dan playar dalam beg awak. Awak yang melakukan kesalahan ini. Saya lucutkan jawatan awak dan kes ini akan dipanjangkan kepada Pengetua."
"Terima kasih atas keprihatinan yang tak terhingga cikgu kepada kes saya ini." Dia berlalu dengan hempasan kasar pintu kamar Lembaga Disiplin dan Pengawas.
Langgan:
Catatan (Atom)