Halaman

Selasa, 1 Julai 2008

Catatan Hujung III : Dia

Dia
Di sisiku sering berada
Dengan wajah penawar luka
Didakap aku dalam kecewa.

Dia
Damai kala aku tertawa
Dahiku mesra dengan kucupannya
Dia adalah seorang Mama.

Dia
Insan amat setia
Dia
Ketabahannya tersemat di dada.

Dialah Mamaku
Dialah permaisuri hatiku
Dialah bertakhta di hatiku
Dialah melenakan tidurku.

Ku rindu dialah Mamaku
Ku kasih dialah Mamaku
Ku sayang dialah Mamaku
Ku cinta dialah Mamaku.

Dia
Membawa aku ke alam fana
Membawa aku kenal dunia.

Dia
Suka duka sedih gembira
Dia
Ku tumpahkan segala-galanya.

Tiada ulasan: