Halaman

Khamis, 19 September 2013

Catatan Kecil VIII : 15 Oktober : Ops Salah Ed Deen

DR. Salahuddin hilang ! Berita gempar itu pecah di sana sini. Semua jabatan, semua sektor dan unit dalam bangunan itu menjejerkan berita yang sama. Keadaan begitu gawat. Presiden Yayasan tergesa-gesa pulang meninggalkan mesyuarat high impact di Ranau semata-mata untuk menyelesaikan kemelut kehilangan Dr. Salahuddin. Tokoh terpenting itu hilang secara tiba-tiba sememangnya satu misteri yang perlu dirungkai sepantas dan sesenyapnya supaya tiada pihak yang melontarkan pelbagai spekulasi berhubung kehilangan misteri anchor dalam bidang pendidikan itu.
Arman sedang menatap naskhah-naskhah lama berkaitan Jerusalem dan siri penaklukannya oleh tokoh-tokoh tersohor Islam dikejutkan dengan ketukan keras di pintu apartmentnya. 
"Pihak kami perlukan tuan sekarang. Keadaan begitu mendesak." Lelaki sasa dengan nada tegang tidak memberi ruang langsung kepada Arman untuk bersuara. 

"Saya perlukan 5 minit untuk bersiap." Arman diiring menaiki pacuan empat roda dengan mata tertutup. Nalurinya mengesahkan terdapat 4 orang lelaki sasa selain daripadanya di dalam kenderaan itu dan terdapat sejumlah 4 buah kenderaan masing-masing 2 buah pacuan empat roda dan 2 buah kenderaan pengiring mengiringinya ke sebuah lokasi rahsia. Siapakah Dr. Salahuddin dan apakah kepentingannya sehingga 'dighaibkan' secara misteri ? Siapakah Arman ? Apakah kaitan Arman dalam kehilangan Dr. Salahuddin ?

Tiada ulasan: