Halaman

Khamis, 26 September 2013

Catatan Hujung VI : Sejujurnya, Aku Tak Bisa Menghargai

AGAK kritikal dalam nada jujur entri kali ini. Mengapa ya ? Ini ialah cerpen saya tanggal 10 November 2002 dalam akhbar Berita Minggu dalam ruangan Perspektif. Apa kaitan lembaran buah tangan saya pada usia 22 tahun - ketika itu - dengan entri ini ? Lihat saja kertas akhbar yang kian kuning - tanpa sebarang usaha untuk mengekalkan keaslian dan ketulenan catatan saya sendiri pada lembaran akhbar tersebut. Ada kemungkinan sedikit hari lagi, ia akan relai sedikit demi sedikit. Ia akan pergi tanpa bersisa. Persis saya mahu segala-galanya pergi dari sini. Persis. Biarpun, saya agak teruja dengan penerbitan demi penerbitan karya saya - satu ketika dulu. Sejujurnya saya tidak bisa menghargai...

Tiada ulasan: